Saturday, August 27, 2011

Happy Eid Mubarak

Syawal kunjung lagi,
Seperti kebiasaan,
Aku gagal mengawal perasaan.
Terkenang zaman kanak-kanak.

Kuih dan ketupat cuma alasan,
Yang diingin sbnrnya duit raya.
Pak cik dan mak cik ada yg telah pergi,
Tinggalkan kami di sini.
Raya dulu dan kini,
Tidak lagi sama.

Namun, aku tetap teruja,
Menanti lebaran Aidilfitri.
Syukur akan nikmat limpahNya.

Dengan rasa rendah diri,
Ucapan hari raya,
Aku tujukan kpd semua,
Kalian merupakan pejuang Ramadan yg hebat!



Wednesday, August 24, 2011

Love now, hate later


Seperti sebuah kapal berlayar gah,
Akhir ditelan dek lautan.
Seperti bunga ros kembang mekar,
Akhir layu dek masa.
Tidak ada yang abadi,
Aku dan engkau pun tahu.

Dekat tidak tersentuh,
Jauh terasa pula gelisah.
Kalau benar jauh,
Aku pasti akan terus menunggu.
Bagaimana jika tiada jawaban?
Aku harap aku cuma berkhayal.

Bulan dan bintang peneman malam,
Gemercik air melantun irama merdu,
Berhembus angin membelai rambut,
Gemerisik suara daun menghibur,
Terasa seperti aku terbang tinggi.

Dingin membunuh suasana,
Seluruh tubuh meremang,
Nafas sesak di hujung mulut,
Mungkin masaku telah tiba, ya Izrail?
Benarkan aku tinggal pesanan.

(Apelah yang aku mengarutkan ni? Haihhh)

Tuesday, August 23, 2011

The Remembrance Ballad

Afiq, Batang, Phillies, me, Shafiq and Alief. (From left to right)

This is my second band after Disaster,
And my first as screamer for a screamo group.
Living In Silence was made by 6 members,
From different background, grunge, alternative, hardcore & punk rock.
2003, the year where everything starts and stopped.
May be music is just not right for us.
This moment came once in a lifetime,
And forever be remember, always!


Used to be our favorite song. Rest in peace.

Monday, August 22, 2011

Jiwa rebel aku



Famous anthem for all punk rockers in 90's.


There lives a man upon the streets,
With boxes and no meals,
And there sits a mom with can in hand,
She’s singing at my feet,
Should I shut my eyes?
Blind out their cries?
And leave them ‘pon their knees?

Tribute to Chow Kit Road & Central Market gang!

Saturday, August 20, 2011

Emotional confessions (Part I)


I thought you'd come back,
At least I prayed.
I've been too afraid,
Relief support never came.
Another victim of the game.

Deeper than just memories,
I never stopped believing in you and me.
My insides were drenched,
But I guess that's the part of growing up,
I never wanted to learn.

Can you taste the fear in me?
Can you feel my heartbeat racing?
Something has gone terribly wrong.
I admit that I'm just a fool for you.

Maybe love will find us again,
For there is always tomorrow.

(Written on May 2009. But, only published today)

A page of memories

(to ex-girlfriend, former friends & enemies, who ever live in my past)

I remember the days,
When my mind used to be,
Overrun with emotions and thoughts,
Of all things good and the worst.

As time went by,
With each new day,
And with a brand new life to look forward to,
My mind emptied itself in a flash, just like that.

With a cup of coffee in hand,
I sit back and think about the yesteryear's,
Smiling at the change that has taken over me,
And the life that I have been blessed with now.

Strolling down the memory lane,
Unafraid of the future,
Blinded by the ecstasy of living,
Eventually, with eyes wide open,
I’ve come to understand, that...
Some things, including life, change for the better.

Wednesday, August 17, 2011

The sequel of new empire

Once in awhile, right in the middle of an ordinary life, love gives us a fairy tale.

I woke up on the other day,
I know I couldn't understand this feeling.
Like a soft breeze as the sun rose,
Like watching two birds start talking about love!
Through every day of every kind,
I found meaning in her.
A loving wish whispered in my ear,
Should I ask her once?
From the moon with light from a candle,
On a bed-frame lies a girl,
Her reflection in the mirror.
I know its now, or never.

Words dedicated to Nor Hazwani.

Hukum dunia


Bila air mata berbau rasa takut,
Tidak sempat untuk berteriak,
Yang hadir hanya duka.
Bencana ini terlalu sulit untuk dilupakan,
Tapi aku tahu tiada tmpt untuk aku hindari.
Andai aku dpt memilih,
Kehancuran yang Kau beri,
Aku pasti takkan memilih,
Kehancuran yang ini.
Aku merencana,
Engkau yang menentukan.
Aku hanya meminta,
Cintailah aku.
Berikanlah kekuatan,
Meneruskan hidup.

Monday, August 15, 2011

New empire

Untuk mencipta sebuah empayar,
Mengambil masa yang lama.
Harus kental, harus lantang, harus berpengaruh!
Untuk memenangi hati wanita,
Pun mengambil masa yang lama.
Bijak bertutur, tidak keterlaluan dan mesti jujur!
Suatu hari,
Dua puluh lapan April dua ribu sebelas.
Dua wanita menunggu sesuatu.
Seorang menanti dipanggil, mungkin seorang lagi peneman sahaja.
Aku mungkin salah. Tapi aku suka berteka.
Aku catatkan nota di buku kecil,
Supaya tidak lupa kita pernah bertemu dahulu!
Itupun kalau ada orang sudi hadiahkan GPS di mana dia berada.
Boleh aku berlagak macam kebetulan.

(Memang lepas tu kami jumpa lagi, tak perlu tunggu org hadiahkan GPS)

Aku cinta aku benci

Cintai sesuatu dgn cinta sahaja.
Mungkin nanti ia akan menjadi sesuatu yg kita benci.
Bencilah sesuatu dgn benci sahaja.
Mungkin nanti ia akan menjadi sesuatu yg kita cinta.


Sunday, August 14, 2011

Dugaan datang lagi

Warna warni yg indah tak lebih hanya mengasyikkan saja. Mcm pelangi. Bila-bila masa akan menghilang.

Anugerah

Gmbr dari drama popular, Nora Elena.

Cinta itu anugerah.
Tidak mudah dimiliki.
Apa lagi mahu menjaganya.
Hidup hanya sekali.
Beranikan diri.
Jangan terdampar membisu seperti debu.
Kata hati tak karuan?
Tiada salah mencuba.
Seutuh batu pun akan rapuh.
Inikan pula hati perempuan.
Semoga berjaya!


(Ingatan buat diri sendiri juga)

Lifeline aku

Senyuman yang hilang dari hidup aku, aku rindu. Dia saja yang aku ada.

Sedari pagi, aku hanya mendiamkan diri.
Aku berfikir.
Sepanjang 24 tahun aku hidup, apakah jasa aku kpd negara, bangsa, agama & ibu bapa?
Tiada.
Yang aku mahu cuma memberontak sepertimana budak Anarchy lain.
Kadang-kadang aku rindu waktu itu.
Zaman aku dengan t-shirt The Clash, seluar Levi's koyak rabak dan kasut Converse Jack Purcell.
Bukan rindu perjuangan omong kosong!
Tapi rindu nak bersama semula dengan teman-teman lain.
Kerana apa yang aku lakukan sekarang, bukan apa yang aku mahu dulu.

Namun, apa yang aku dapat skrg ternyata lebih baik daripada dulu.
Hanya kerana aku turutkan sahaja apa yang disuruh.
Sifat melawan aku hilang.
Aku mahu menjadi seperti Li Zicheng.
Tapi bukan sekarang.
BUKAN SEKARANG.

Seperti kata seorang penyajak muda, Zahiril Adzim atau Bob;
Aku juga kenderaan,
Yang tetap bergerak,
Biar hujan, biar gelap,
Kental menuju destinasi.



Saturday, August 13, 2011

Cintaku tertinggal di Bali, Indonesia






Asap mengepul di Jimbaran,
Kuta tak pernah sepi di hati,
Aku bayangkan Antonio Blanco duduk berabad di sini hanya memandang gadis Bali,
Alunan musik pantai mengentalkan rasa kelapa muda,
Jilatan ombak menari-nari di kaki,
Dan ikan baronang yang berenang di bara api,
Bali demikian seksi.
Rindu.

Ditulis ketika di Airport Denpasar, Bali sambil mendengar CD lagu band Wali yg dibeli di Pasaraya Matahari. Original, 10,000 Rp sahaja dong!

Ketika itu aku seperti mati hidup semula

Irama, cengkerik, rerumputan...pun diam,
Semuanya bisu...tersentak akan apa yang berlaku,
Istana yang aku bina cantik ini musnah lagi,
Serakyat binatang mula mengejek,
Barulah aku sedar aku kecil.

Hingga aku terdampar tewas di alam Raja Syaitan,
Aku segera bangkit dari terus dirobek,
Dalam hitam dan putih, aku terlihat ada warna lain,
Yang aku percaya aku lebih gagah dari Iblis-iblis ini,
Kerana Tuhan tak pernah bosan menghulurkan aku peluang.

(Kalau tidak tahu bagaimana hendak mulakan sesuatu, bismillah pasti membantu!)


Rest of my life



Kata engkau, akulah bintang.
Kata aku pula, engkaulah bulan.
Hakikatnya, engkau dan aku saling memerlukan.
Seperti bintang dan bulan.
Namun, entah di mana salah dan silapnya.
Bulan pergi meninggalkan bintang.
Aku cuba tabahkan saja.
Hadapi hari-hari mendatang.
Sebelum kita tak berjumpa lagi.
I just want to thank you.
For giving me the best moment in my life.

(cerita yang takkan habis kalau tak aku sendiri letak noktah)

Sekadar sebuah lagi drama...

JUVANA, sekadar sebuah lagi drama yang menghiasi siaran TV3. Hampir sebulan berlalu drama ini ditayangkan. Episod pertama berjaya meraih 2.4juta penonton manakala episod akhir tidak mengejutkan apabila memperoleh rating 4.2juta penonton. Kurang 0.8juta untuk menandingi drama bersiri Nur Kasih. Apakah kesinambungan nombor 2 dan 4 ini?

Entahlah, malas nak fikir. Yang nak diceritakan di sini bukan psl matematik atau prinsip akaun atau ape-apelah tetapi pengalaman menjayakan drama terbitan Film Scape ini.
First on-ground events JUVANA - Hari Sukan SMK Seri Jempol, N. Sembilan.

First Karnival Jom Heboh JUVANA - Padang MPK2, Kuantan, Pahang.

Photo shoot JUVANA untuk cover RAP (Harian Metro) - Jalan Tun Sambanthan, KL.

Karnival Jom Heboh terakhir JUVANA - Perkarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

The best scene of Botak and Apek?

Pemuda pelacur bakat? Beto & Bob, cover depan Sensasi Bintang (Kosmo! Ahad)


Kerana dia terlalu istimewa

Jiwa kencang, terpesona melihat setiap inci wajah wanita ini. Aku pasti tewas! Ketika aku jatuh dek penangan cinta mati aku, hadir wanita istimewa ini memberikan aku alasan hidup kita terlalu bermakna untuk dilepaskan begitu saja. I miss you, Fiera.

Tanpa wanita, aku tetap boleh bernafas segar





Gambar hiasan diambil ketika trip penulis ke Bali pada sekitar bulan Jun 2010.

Selayaknya sesiapa pun akan bersedih jikalau putus cinta. Akan tetapi, fikirlah ia bukan penghujung hidup anda. Dunia ciptaan Tuhan Maha Cinta ini terlalu indah untuk kita ignore saja, nikmati ia selagi kau dan aku bernafas. InsyaAllah, kita akan sama-sama have fun!