Saturday, August 13, 2011

Ketika itu aku seperti mati hidup semula

Irama, cengkerik, rerumputan...pun diam,
Semuanya bisu...tersentak akan apa yang berlaku,
Istana yang aku bina cantik ini musnah lagi,
Serakyat binatang mula mengejek,
Barulah aku sedar aku kecil.

Hingga aku terdampar tewas di alam Raja Syaitan,
Aku segera bangkit dari terus dirobek,
Dalam hitam dan putih, aku terlihat ada warna lain,
Yang aku percaya aku lebih gagah dari Iblis-iblis ini,
Kerana Tuhan tak pernah bosan menghulurkan aku peluang.

(Kalau tidak tahu bagaimana hendak mulakan sesuatu, bismillah pasti membantu!)


2 comments:

  1. wahhhh pandai bermadah neh... ape pun permulaan yg sgt best...!!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih dari hamba, dengan rendah diri :)

    ReplyDelete