Sunday, August 14, 2011

Lifeline aku

Senyuman yang hilang dari hidup aku, aku rindu. Dia saja yang aku ada.

Sedari pagi, aku hanya mendiamkan diri.
Aku berfikir.
Sepanjang 24 tahun aku hidup, apakah jasa aku kpd negara, bangsa, agama & ibu bapa?
Tiada.
Yang aku mahu cuma memberontak sepertimana budak Anarchy lain.
Kadang-kadang aku rindu waktu itu.
Zaman aku dengan t-shirt The Clash, seluar Levi's koyak rabak dan kasut Converse Jack Purcell.
Bukan rindu perjuangan omong kosong!
Tapi rindu nak bersama semula dengan teman-teman lain.
Kerana apa yang aku lakukan sekarang, bukan apa yang aku mahu dulu.

Namun, apa yang aku dapat skrg ternyata lebih baik daripada dulu.
Hanya kerana aku turutkan sahaja apa yang disuruh.
Sifat melawan aku hilang.
Aku mahu menjadi seperti Li Zicheng.
Tapi bukan sekarang.
BUKAN SEKARANG.

Seperti kata seorang penyajak muda, Zahiril Adzim atau Bob;
Aku juga kenderaan,
Yang tetap bergerak,
Biar hujan, biar gelap,
Kental menuju destinasi.



3 comments: