Monday, August 15, 2011

New empire

Untuk mencipta sebuah empayar,
Mengambil masa yang lama.
Harus kental, harus lantang, harus berpengaruh!
Untuk memenangi hati wanita,
Pun mengambil masa yang lama.
Bijak bertutur, tidak keterlaluan dan mesti jujur!
Suatu hari,
Dua puluh lapan April dua ribu sebelas.
Dua wanita menunggu sesuatu.
Seorang menanti dipanggil, mungkin seorang lagi peneman sahaja.
Aku mungkin salah. Tapi aku suka berteka.
Aku catatkan nota di buku kecil,
Supaya tidak lupa kita pernah bertemu dahulu!
Itupun kalau ada orang sudi hadiahkan GPS di mana dia berada.
Boleh aku berlagak macam kebetulan.

(Memang lepas tu kami jumpa lagi, tak perlu tunggu org hadiahkan GPS)

No comments:

Post a Comment