Sunday, October 30, 2011

ASK2011

Saksikan Anugerah Skrin 2011 siaran langsung di TV3
pada 4 November jam 9.00mlm.

Saturday, October 22, 2011

Pensel warna


Kalau dulu aku serabut,
Aku gelisah, Aku lost...
Tapi bila kita bertemu,
Aku rasa diberi angerah.
Anugerah yang diberi sekali seumur hidup,
Aku panggil itu CINTA.

Kalau dulu hidup aku
Cuma hitam dan putih,
Tapi bila kita bertemu,
Aku rasa diberi pensel warna.
Biru, merah, hijau dan kuning,
Penyempurna hidup hitam dan putih aku.

P/s: Aku rindu Zafirah Saufi tapi aku tahu rindu tinggal rindu.
Biarlah kisah pensel warna aku ini ditelan masa.


Thursday, October 20, 2011

Doa untuk Bob dan Shera


Biar aku marah yang menunjukkan kau salah
Yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak
Menepati permintaan perhubungan.

Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau
Yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana,
Kerana itu lagak ku begini.
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
Dari hati dan jiwa,
Kerana kau ku angkat setinggi-
Tingginya, sempurna setiap
Adanya.

P/s: Semoga Bob dan Shera bahagia hingga ke dunia satu lagi.
Teruja nak tgk kalian bersama di atas pelamin.
:')


Kembara diteruskan

Gambar Hiasan: MyTV3 dan pelakon JUVANA buat surprise di SMK Seri Jempol, N9.

Terengganu SUDAH
Johor Bahru SUDAH
Penang SUDAH
Kuantan SUDAH
Kuching SUDAH
Kota Kinabalu SUDAH

Sekarang tiba masa untuk kemas beg, jom attack Kota Bharu!

P/s: Saya akn berada di Kelantan dari 26 Okt sampai 30 Okt bersama Johan As'ari, Fasha Sandha, Adey Asyraf dan sorang lagi artis! Cari saya di booth Studio Cereka.

Wednesday, October 19, 2011

Perenggan kedua

When I listen to this cover song made by Boyce Avenue,
I just understand how deep the lyrics.
To be honest, I am not a fan of Rihanna.
But this song means so much to me, to others listener.
May be love was once apart and now it's disappear.
Who knows love will come again?
Do you?
Enjoy this beautiful song!


It's time for me to do more rather than talking for nothing.

Tuesday, October 4, 2011

Nostalgia

Sekilas lalu tentang aku sebelum aku sekarang. Kisah yang tak pernah aku ceritakan secara terbuka. Buat umum yang baru mengenali nama aku, inilah cerita aku...

Tahun 2000, tahun pertama menjejakkan kaki di sekolah menengah. Inilah lebaran baru hidup aku. Kawan masih sama, mungkin cara kita berfikir lebih matang. Budaya Punk, Skinhead, Metal dan Grunge suatu perkara biasa pada masa itu. Aku tidak terkecuali dari terjerumus ke kelompok tersebut.

Aku menjadi seorang Grunge kerana minat aku lebih kepada band-band Seattle Sound seperti Alice In Chains, Soundgarden, Nirvana dan banyak lagi. Atas dasar minat kepada muzik melebihi batas pelajaran dan kokurikulum di sekolah, aku belajar bermain gitar dan seterusnya menubuhkan band sendiri.

Pada usia 13 tahun, hujung minggu aku banyak dihabiskan melepak di sekitar Bukit Bintang, KLCC, Pertama Complex dan Central Market. Sebagai budak Grunge, aku lebih berminat pergi ke gig-gig, menonton band-band tempatan seperti Bloodymary, Muck, Shizuka, Battlegrounds, Chaise Longue, Servent Jamm, Flu, Motherland dan banyak lagi.



Tiga tahun kemudian, aku melangkah ke satu level lain. Aku mula menulis zine (majalah mini yang dibikin secara DIY) dengan bantuan beberapa orang rakan seperti Angah (Battlegrounds) dan Myo (Muck). Merekalah guru pertama aku, terima kasih sebab tak pernah kedekut ilmu walaupun aku cuma budak sekolah pada masa itu.


Tahun berikutnya, aku lebih bersemangat dlm memperjuangkan muzik bawah tanah. Dari hanya pergi ke gig-gig orang, aku mula belajar bagaimana hendak membuatnya sendiri. Aku tidak pergi jauh untuk mencuba, aku mulakan dari halaman aku sendiri iaitu Gombak. Atas inisiatif aku, aku gabungkan band-band dari zaman awal 90an seperti Greenlight Speciment, Corumn 80's bersama band-band terkini pada masa itu, 679, Nothing Mistake, Hugger Muggers. Responnya sangat memberangsangkan! Sebuah dewan yang hanya mampu memuatkan 300 orang dibanjiri seramai 600 remaja Underground!


Tidak lama kemudian, aku menjadi penulis jemputan untuk sebuah Majalah Muzik pertama di Malaysia. Terima kasih buat Abg Rom dan Abg Nasir, ilmu dari kalian cukup mahal. Dari hanya gig di kelab-kelab sederhana seperti Blue Planet (Jln P. Ramlee), No Black Tie (Hotel Istana), Aero Pub (Plaza Ampang City) dan Prodigy (Bukit Bintang), aku mencari tapak baru yg lebih besar. Aku mencuba Atmosphere The Club. Pada masa itu, hanya Tang dr Clockwork Records yang mampu menggunakan kelab tersebut kerana harga sewa yg tinggi.

Gig pertama aku di Atmosphere, Hyper Noise Tune 3 mencatat rekod baru apabila berjaya memperoleh jualan sebanyak 2000 tiket. Bukan itu sahaja, MTV Asia pun hadir utk membuat liputan.

Bersambung...

I believe

Through and through, I start to think more wisely.
This is not what exactly I want.
I don't feel the same way like 3 years ago.
And never will.
I'm willing to sacrifice.
For a better life.

P/s: Talking about career. Not love.

Sunday, October 2, 2011

Senyuman si gadis yang menggoda

HAI!
Kata mula yang realistik,
Ahh, aku tergoda.
Senyumannya luar biasa.
Lebih melalaikan aku
Dari solo 'Sweet Child O Mine'.
Bagai jantung jatuh ke tanah,
Aku buat-buat cool,
Aku balas kembali senyumannya.
Aku suka gadis ini,
Penuh confident.
Siapakah dia?
:)


Saturday, October 1, 2011

Waktu yang takkan diputar

May be it's time for revolution?
Forget about me, because you getting higher and better.
Considering my job is done,
Bring you up when you were down.
I believe in you, do you believe in yourself, Bintang?




Saya ada kerana awak ada

Dengan pakaian Mat Grunge, dia tetap tegur saya di Pavilion. :)