Tuesday, October 4, 2011

Nostalgia

Sekilas lalu tentang aku sebelum aku sekarang. Kisah yang tak pernah aku ceritakan secara terbuka. Buat umum yang baru mengenali nama aku, inilah cerita aku...

Tahun 2000, tahun pertama menjejakkan kaki di sekolah menengah. Inilah lebaran baru hidup aku. Kawan masih sama, mungkin cara kita berfikir lebih matang. Budaya Punk, Skinhead, Metal dan Grunge suatu perkara biasa pada masa itu. Aku tidak terkecuali dari terjerumus ke kelompok tersebut.

Aku menjadi seorang Grunge kerana minat aku lebih kepada band-band Seattle Sound seperti Alice In Chains, Soundgarden, Nirvana dan banyak lagi. Atas dasar minat kepada muzik melebihi batas pelajaran dan kokurikulum di sekolah, aku belajar bermain gitar dan seterusnya menubuhkan band sendiri.

Pada usia 13 tahun, hujung minggu aku banyak dihabiskan melepak di sekitar Bukit Bintang, KLCC, Pertama Complex dan Central Market. Sebagai budak Grunge, aku lebih berminat pergi ke gig-gig, menonton band-band tempatan seperti Bloodymary, Muck, Shizuka, Battlegrounds, Chaise Longue, Servent Jamm, Flu, Motherland dan banyak lagi.



Tiga tahun kemudian, aku melangkah ke satu level lain. Aku mula menulis zine (majalah mini yang dibikin secara DIY) dengan bantuan beberapa orang rakan seperti Angah (Battlegrounds) dan Myo (Muck). Merekalah guru pertama aku, terima kasih sebab tak pernah kedekut ilmu walaupun aku cuma budak sekolah pada masa itu.


Tahun berikutnya, aku lebih bersemangat dlm memperjuangkan muzik bawah tanah. Dari hanya pergi ke gig-gig orang, aku mula belajar bagaimana hendak membuatnya sendiri. Aku tidak pergi jauh untuk mencuba, aku mulakan dari halaman aku sendiri iaitu Gombak. Atas inisiatif aku, aku gabungkan band-band dari zaman awal 90an seperti Greenlight Speciment, Corumn 80's bersama band-band terkini pada masa itu, 679, Nothing Mistake, Hugger Muggers. Responnya sangat memberangsangkan! Sebuah dewan yang hanya mampu memuatkan 300 orang dibanjiri seramai 600 remaja Underground!


Tidak lama kemudian, aku menjadi penulis jemputan untuk sebuah Majalah Muzik pertama di Malaysia. Terima kasih buat Abg Rom dan Abg Nasir, ilmu dari kalian cukup mahal. Dari hanya gig di kelab-kelab sederhana seperti Blue Planet (Jln P. Ramlee), No Black Tie (Hotel Istana), Aero Pub (Plaza Ampang City) dan Prodigy (Bukit Bintang), aku mencari tapak baru yg lebih besar. Aku mencuba Atmosphere The Club. Pada masa itu, hanya Tang dr Clockwork Records yang mampu menggunakan kelab tersebut kerana harga sewa yg tinggi.

Gig pertama aku di Atmosphere, Hyper Noise Tune 3 mencatat rekod baru apabila berjaya memperoleh jualan sebanyak 2000 tiket. Bukan itu sahaja, MTV Asia pun hadir utk membuat liputan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment