Tuesday, December 25, 2012

“Cinta Hadir Tanpa Diduga…”


Menyusuli drama ‘Runtun Qalbu’ di slot Zehra, sebuah drama siri 13 episod berjudul ‘Hanya Padamu’ menampilkan tonggak utama, Zahiril Adzim, Beto Kusyairy dan Nazeera Sardi, dibantu oleh Emelda Rosmila dan Khayrisyah Kemal. ‘Hanya Padamu’ yang diterbitkan oleh produksi Filmscape Sdn. Bhd. bakal ditayangkan bermula 28 Disember ini, pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.

Drama ini diarahkan oleh sutradara Faisal Ishak manakala nukilan skripnya oleh Maizurah Ederis, ia berkisar  tentang perit liku seorang gadis berhadapan qada’ dan qadar yang telah ditentukan Maha Esa namun masih cekal sebelum dilanda dilema perasaan. Kisah bermula apabila seorang kanak-kanak bernama Adawiyah (Nazeera Sardi), anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya iaitu Sabariah dan Omar namun dia dibenci oleh Sabariah atas sebab yang tidak diketahui.

Suatu hari, Omar diserang strok dan tidak lama kemudian, dia meninggal dunia. Sejak itu, Sabariah menyeksa Adawiyah dan juga memberhentikan Adawiyah dari sekolah. Cikgu kecewa kerana Adawiyah merupakan antara pelajar terbaik dan calon harapan sekolah untuk mendapat 5A. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril Adzim) cuba menegur sikap ibunya tetapi tidak diendah oleh Sabariah. Pada masa yang sama, Bukhari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dua tahun kemudian, Bukhari berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Perikanan. Selepas pemergian Bukhari, Sabariah menghantar Adawiyah ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, Adawiyah dibuli oleh Sari yang dengki terhadapnya. Bukan itu sahaja, Adawiyah turut diugut oleh seorang pekerja kantin di rumah berkenaan. Sejak itu, Adawiyah hidup dalam ketakutan.

Lapan tahun kemudian, Arman (Beto Kusyairy), berusia 35 tahun, kelihatan sangat tertekan dan tidak terurus wajahnya bertembung dengan Adawiyah, yang sudah berusia 21 tahun, kelihatan ayu, sopan, lembut di tepi pantai. Adawiyah kemudiannya ke sebuah banglo untuk memulakan hari pertama sebagai guru kepada anak tuan punya banglo. Sebaik sahaja tiba, Adawiyah terkejut melihat Arman, tuan rumah di banglo tersebut.

Pada mulanya, Arman tidak yakin akan kemampuan Adawiyah untuk mendidik anaknya, Liliyana, sehinggalah Arman melihat sendiri perubahan pada anaknya yang sukar menerima orang baharu sebagai guru. Arman kemudiannya teringat, dia pernah menghadiahkan gelang kayu tasbih kepada kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Gelang itu masih dipakai oleh Adawiyah sehingga kini. Maka, terjalinlah hubungan antara Adawiyah dan Arman demi Liliyana.

Bukhari yang pulang dari Jepun mula menternak ikan dalam sangkar di kampung halamannya, Kampung Kuala Kubu. Ketika dia dan Adawiyah sedang berbual di telefon, muncul seseorang menjerut leher Adawiyah. Di kampung, Bukhari mendengar kekecohan itu melalui telefon, dia yakin Adawiyah dalam bahaya. Apakah yang berlaku kepada Adawiyah? Siapa pula yang menyerang Adawiyah di rumah banglo milik Arman? Ada sesuatu yang masih tidak diceritakan oleh Arman kepada Adawiyah dan benarkah hubungan Arman dengan Adawiyah hanya kerana Liliyana?

Saksikan ‘Hanya Padamu’, karya pengarah Faisal Ishak bersama pelakon berbakat, Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Nazeera Sardi dan ramai lagi, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 28 Disember ini di TV3 dan www.tonton.com.my.

"Aku Tidak Akan Terperangkap Selamanya"


We often said that there is no second chance, but when we had one, do not wait for the third. And here they are again, Wira Bakti student gets their second chance. But what actually happen at their new "home"? Do watch "Juvana" at the nearest cinema starting this 24th Jan 2013! 

But, before that, let's watch this video! 
Babak Kedua by Drama Band, continuity from Babak Pertama.


Tuesday, August 14, 2012

"Kau Yang Terindah" oleh Eirma Fatima


Penulisan Asal


Jenama Wanita Inspirasiku mempersembahkan sebuah lagi drama siri 28 episod menerusi slot Akasia berjudul ‘Kau Yang Terindah’. Menampilkan gabungan pelakon-pelakon berpengalaman dan muka baru yang pertama kali beraksi di layar perak bermula 6 Ogos lalu.

Neelofa, Nazim Othman, Hafil Andrio (Indonesia), Azizah Mahzan, Rahim Jelani, Hafiz Shafie, Emma Maembong, Rozie Othman dan Aliza Shahadan adalah antara nama-nama yang menjayakan drama ini bersama direktor Eirma Fatima yang turut bertindak sebagai pelakon di bawah belantika Rumah Karya Citra Sdn Bhd.


‘Kau Yang Terindah’ berkisar tentang konflik keluarga yang mempengaruhi keputusan dalam hidup termasuklah cinta. Kisah bermula apabila Munirah (Emma Maembong), kekasih kepada Hafiz (Hafiz Shafie) disahkan mengandung dan pada masa yang sama, Faikhullah (Rahim Jelani), bapa Hafiz ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh seorang GRO. Berita ini menjadi tamparan hebat buat Hafiz dan keluarga terutama ibunya, Shafiqah (Azizah Mahzan), yang seakan mula mempercayai dakwaan terhadap suaminya itu.


Hafiz sanggup bertanggungjawab atas kesilapannya terhadap Munirah namun ibu bapa Hafiz tidak bersetuju jika anak mereka berkahwin dengan Munirah kerana status keluarga Munirah. Kecewa dengan sikap Shafiqah dan Faikhullah, Hafiz bertindak melarikan diri dari rumah.


Adik Hafiz, Zara Alisha (Neelofa) pula bercinta dengan anak Bibik Mira (Erma Fatima), orang gaji mereka. Perwatakan Firman (Hafil Andrio) yang baik dan berpegang teguh pada agama berjaya memikat hati Alisha. Seperti Munirah, Firman juga tidak diterima oleh Shafiqah dan Faikhullah yang kemudiannya telah menghalau Bibik Mira serta Firman keluar dari rumah mereka.


Shafiqah dan Faikhullah memilih Shamiel (Nazim Othman), anak kawan baik mereka, Marina, untuk dinikahkan dengan Alisha sebagai jalan bagi menghalang hubungan cinta Alisha dengan Firman. Bagi Marina pula, inilah satu-satunya cara untuk mengakhiri hubungan intim Shamiel dengan bekas tunangnya, Teeya. Alisha dan Shamiel diijabkabul tanpa kerelaan mereka.


Shamiel tidak pernah menyentuh isterinya, Alisha kerana bagi Alisha, hanya Firman cinta hatinya. Sebelum berkahwin dengan Alisha, Shamiel telah berjanji untuk membantu Alisha mencari cinta sebenarnya. Suatu hari, Shamiel mengajak Alisha mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekkah. Di sana, Alisha telah bertemu dengan Bibik Mira dan Firman yang turut mengerjakan umrah.


Apakah Shamiel telah merancang semua ini untuk Alisha? Apakah hanya Firman yang mampu membahagiakan Alisha? Saksikan ‘Kau Yang Terindah’ menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang di TV3! Penonton boleh menyaksikan episod lalu di laman sesawang Tonton di
www.tonton.com.my.

-Tamat-


Saturday, August 4, 2012

"Bilik Akhir Mikhail"


Sejak akhir-akhir ini aku selalu terfikir mahu menulis sebuah cerita (tanpa memikirkan ia akan menjadi sebuah drama siri atau filem atau tele-filem ataupun novel). Namun, idea itu tidak pernah dapat direalisasikan sehinggalah suatu petang yang cukup damai bagi aku. Di hadapan sebuah kawasan penjara yang bersejarah iaitu Penjara Pudu (yang dibina pada tahun 1891 oleh penjajah British).

Bermula dari momen itu, aku memikirkan apakah yang pernah berlaku disebalik dinding dan pintu besi ini. Bagi aku, penjara tidak ubah seperti neraka buat penghuninya. Benarlah setiap pesalah harus menjalani hukuman namun kisah mereka harus kita jadikan pengajaran serta rujukan kepada kita yang hidup bebas ini.

Idea yang baru melintas di ruang otak aku ialah "Mikhail". Secara rawnya, ia mengisahkan tentang seorang yang mempunyai dua pekerjaan, pembunuh bersiri dan peladang buah anggur. Mikhail mempercayai ayahnya (seorang ahli korporat yang berjaya) telah dibunuh dengan begitu kejam oleh persaingnya. Pada hari Hassan dan pemandunya, Ibrahim dibunuh, Mikhail berjaya diselamatkan oleh individu tidak dikenali.

Mikhail dibawa ke sebuah negara padang pasir. Di situ, dia dilatih oleh George, orang yang telah menyelamat Mikhail 15 tahun dahulu. Apa yang difikirkan oleh Mikhail adalah apa yang diberitahu oleh George. Bahawasanya, terdapat komplot untuk membunuh ayah Mikhail dan Mikhail harus membalas dendam terhadap setiap seorang yang menjadi dalang itu. Kini, Mikhail menetap di selatan Australia iaitu di lereng Bukit Adelaide.

Sekadar Gambar Hiasan

Rutin harian Mikhail sama seperti penduduk tempatan lain iaitu menjadi peladang. Bezanya, Mikhail menanam buah anggur. Di sebuah kawasan bukit yang rancak dengan tanaman-tanaman lain seperti buah apple, paer dan sayur-sayuran, Mikhail memperoleh ketenangan yang diperlukannya. Di sini, Mikhail mempunyai teman rapat bernama Anna.

Bagi Anna, Mikhail adalah lelaki yang terbaik pernah ditemuinya. Dia menyimpan perasaan cinta terhadap Mikhail walaupun Mikhail tidak pernah melafazkan perasaan yang sama terhadapnya. Mikhail merupakan orang asing di daerah Adelaide, pun begitu perwatakannya sangat disenangi oleh penduduk tempatan. Selain berada di ladang, rutin Mikhail adalah membantu penduduk di situ. Namun, Mikhail sering juga 'menghilangkan diri'. Misteri ini menambah rungsi Anna, siapakah Mikhail sebenarnya? Dan ke manakah Mikhail menghilang diri?

Sepanjang ketiadaan Mikhail di Adelaide, Australia, dia sebenarnya menjalan misi membalas dendam terhadap kematian bapanya.
Segala informasi mengenai mangsa telah disediakan oleh George dan dihantar melalui pager yang telah diubah-suai agar komunikasi mereka tidak dapat dikesan. Mangsa kali ini merupakan seorang ahli korporat terkemuka Malaysia yang menjalankan perniagaan menerusi telekomunikasi dan multimedia. Mangsa dipercayai berada di Tianjin, China sempena melebarkan empayarnya ke negara Komunis itu. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

P/s: Ini merupakan 5% daripada hasil "Bilik Akhir Mikhail" yang saya rujuk sebagai bahan action-thriller-fiction-romance. Menggabungkan arts & commercial, karya ini dihasilkan untuk mendidik penonton/pembaca bahawa Islam dalam bahaya dan kita perlu bertindak. Mengapa saya berkata begitu? 95% lagi bahagian "Bilik Akhir Mikhail" akan menjawab segala persoalan.

Iftar bersama Juvana & Drama


IFTAR BERSAMA #Juvana & @DramaBandMY 12 Ogos ini. Contact: Black 011-15381612.

Saturday, March 3, 2012

MJ


"When you look in her eyes and she's looking back in yours, everything feels not quite normal. Because you feel stronger and weaker at the same time. You feel excited and at the same time, terrified. The truth is you don't know what you feel except you know what kind of man you want to be. It's as if you've reached the unreachable and you weren't ready for it."

Peter Parker, Spider-Man

Sunday, February 26, 2012

Langkah Lestari oleh A. Samad Said


Sejak subuh ini resah mendera qalbuku,
Mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
Mewarasi setiap suara derita atau rianya.
Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu,
Kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi,
Taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
Setiap detik dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
Bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
Kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
Menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam,
Khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
Kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
Atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba,
Memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara,
Kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura,
Kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.

(A. Samad Said)

Relevankah Lynas di bumi Pahang?


Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas
Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
Video yang aku katakan tadi oleh seorang rakyat Australia yang peka terhadap isu ini. Hayati dan cuba fahami mesej yang ingin dia sampaikan:



Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.

Sumber:
  1. Apa itu Lynas?
  2. National Geographic: Rare Earth Elements

P/s: Link asal artikel ini http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/

Saturday, February 25, 2012

Si simetri


"Tanpa permulaan, anda dan saya tidak akan sampai ke mana-mana"

Tuesday, February 21, 2012

Saya takkan mengalah



"Jika esok ditakdirkan saya akan mati, hari ini saya tetap akan cuba untuk
menawan hati awak. Saya takkan mengalah selagi saya bernafas. Takkan."

Firdaus Suleman

Friday, February 10, 2012

Cinta: Anugerah atau Beban?


Ketika ini aku berdiri sepanjang malam,
Mengintai dada langit yang tersergam.
Menitip doa dan impian,
Moga suatu hari nanti muncul sebuah anugerah.

Ketika ini juga emosi aku terganggu,
Hanya tidur akan menenangkan aku.
Mahu atau tidak, aku perlu renangi beban ini,
Aku mesti ke hadapan kerana esok akan tiba.

Ketika ini aku hilang daya,
Seperti manusia tiada waras, tiada rasional.
Sejuknya malam ini,
Musim bunga atau salju?


Sunday, February 5, 2012

BFF

Jom teka siapa wanita menawan ni?
  1. Ibu kepada dua orang anak yang sgt comel
  2. Orang yang dahulu aku tengok dkt TV, skrg ada depan mata
  3. Banyak tanya soalan dari menjawab
  4. Tapi aku rasa dia special
  5. Sangat special

Monday, January 30, 2012

Antara bosan dan pura-pura best

Hotel Lotus Desaru, Penawar.

28 Jan 2012, aku rasa ralat sejak dari bangun tadi,
Anugerah Juara Lagu 26 esok tapi hari ini aku di Desaru, Johor.
Bukahkah hari ini hari rehat utk semua?
Tidak mengapa, aku gigih bekerja, mencari wang saku lebih utk masa depan!

6.30pagi, aku bangun, aku tahu aku cuma tidur kurang 3 jam sebentar tadi,
Tapi aku tetap kentalkan diri untuk mulakan perjalanan ke tenggara Johor.
Ada sesuatu yang perlu dilakukan di sana,
Sesuatu yang cukup untuk buat aku teruja sejak bulan Disember lepas!

Pesta Ria D'Penawar, sebuah acara tahunan buat penduduk di Bandar Penawar, Johor,
Instedt Idol dan Battle of the Band, tajuk utama pada malam itu.
Tapi selingan penampilan dan persembahan artis juga sesuatu yg tidak mahu dilepaskan!
Dengan itu, Wana MystarzLG, Adi & Ila Mentor 4, Shukri Yahaya (Juvana), Adey Syafrien (Flat 3A) dan Kumpulan Drama dijemput ke acara gilang-gemilang tersebut!

Semua nampak tenang dan lancar sekali pada petang 28 Jan 2012 itu,
Rasa ralat tadi mungkin cuma palsu atau aku ini memang cepat fikir negatif.
Mengikut perancangan, aku dan seorang teman sepatutnya menjadi pengacara majlis,
Tapi aku cuma diberi tentatif yang langsung tak boleh nak ikut dan Q card yang main isi tempat kosong.
Okay, aku cuma mencarut dalam hati.

Jam 8.45mlm, kami tiba di Dataran Bandar Penawar, boleh tahan ramai yang hadir!
Tepat jam 9.00mlm kami mulakan majlis,
Aku hairan, merangkap FM tadi berkata Kejora band akan main medley,
Tapi apabila aku sendiri bertanya pd band berkenaan, mereka menjawab "Kami akan main 4 buah lagu dengan 4 penyanyi berbeza".
Okay, memanglah tentatif ini tak boleh ikut. Takpelah. Aku berlagak cool saja.

To be honest, rasa ralat aku sebenarnya betul,
Naluri aku jarang salah, semuanya celaru! Acara yg sepatutnya habis jam 11.30 malam tetapi masih belum tamat pada jam 12.30 tghmlm.
Malah, persembahan Kumpulan Drama dibatalkan.
Belum pun jam 10.00 malam, dua house speaker berasap kerana kebodohan jurubunyi.
Permit hiburan juga hanya sehingga 11.30 malam dan pd waktu itu, Battle of the Band baru band kedua!

Kekalutan semua ini angkara Kejora, VIP lambat hadir, Kejora band main sampai 40 minit, sistem bunyi yang hancur, jurubunyi yang bangang, makanan dihidang untuk 50 orang sebenarnya untuk VIP yang cuma 8 orang tidak boleh dimakan, layanan yang sangat menghinakan.
Siapa Kejora? Tuan, tanggal 28 Jan 2012 rasmi kami tidak akan bekerjasama lagi.
Kata-kata ini cukup lembut diluahkan.

Sekian.

P/s: Jangan terpedaya dengan gambar di atas. Jangan biar perasaan dimainkan oleh gambar. Jangan bercinta dengan gambar.

Saturday, January 21, 2012

Terpaksa


Bagai dituliskan pertemuan singkat ini,
Bagai ditakdirkan akhirnya begini,
Tapi apa yang saya lakukan,
Percayalah ini untuk kita.

Saya harus pergi,
Walaupun saya bersendiri,
Tiada yang menemani,
Percayalah ini untuk awak.

Walaupun awak marah,
Walaupun awak berdendam,
Esok pasti awak akan faham,
Ada yang lebih baik untuk awak.

Bukan bermaksud melukai awak,
Biarpun saya pernah berjanji,
Rasa sayang, rasa cinta,
Kita kongsi hingga hujung nafas.
Percayalah, saya lebih sukar utk menerima.

Senyum awak, sedih awak,
Adalah hidup dan mati saya,
Bukan untuk semalam dan hari ini,
Untuk selama-lamanya.

P/s: Bahagia juga perlukan pengorbanan. Pengorbanan yang tidak perlu diberitahu dan diperjelas.
Cukuplah dia tahu aku jahat.


Sunday, January 1, 2012

Sudi tak awak...

Tahun baru 2012?

2011 meninggalkan pelbagai keajaiban,
Jatuh bangun diri aku yang kecil ini,
Namun aku tidak meletak sebarang resolusi,
Untuk dikejar, untuk dicapai,
Aku cuma lalui sepertimana tahun-tahun lalu,
Mungkin aku kurang peka,
Tolong betulkan aku?

Tahun saja baharu tapi diri masih sama,
Langkah aku tetap berjalan,
Mencuba fantasi fikiran,
Walaupun 2012 mungkin tahun akhir aku,
Aku gagahkan diri jua!
Selamat datang episod baru dalam hidup!

P/s: Bukan aku tidak punyai impian, cuma aku harus realistik. Apa yang istimewa sgt dgn Tahun Baru?